Isnin, 12 Disember 2011

8 tanda lalu lintas cinta.

Hi semua.Assalamualaikum,Post ni saya copy dari google.Agak menarik saya rasa.Okay sila baca ;-)



Percintaan diibaratkan seperti kita berada di jalan raya.Kalau di jalan raya, kita akan tengok papan tanda lalu lintas.Papan tanda tu pulak mengingatkan kita supaya berhati-hati.Sama lah jugak dengan percintaan.Jadi,patuhi peraturan berikut :

DILARANG U-TURN
Kalau dah putus janganlah nak rujuk balik.Buat sakit hati je kan.Insya-allah kita akan dapat pegganti yang lebih baik dari dia.

JALAN DUA HALA.
"Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah.Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk menjadi pendegar yang baik dan setia. Begitulah berlaku sebalinya."

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefaham semula.Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan.Jangan terlalu memaksa dan terdesak.Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.Faham faham lah sendiri ayat ni.

PEJALAN KAKI.
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya.Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta.Banyak lagi jalan lain yang boleh di ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku.Setiap perhubungan pasti ada masalah.Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT.
Ini harus berhati-hati,kamu dan dia semakin melalui jalan sempit.Andai tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana.Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS!JALAN BERBUKIT.
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah.Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu.Fikir sebaik-baiknya,cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN.
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi.Jangalah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama.Namum jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain.Itu lebih bahaya!!! Sederhana lah okay?Anda pasti mengerti.

Okay sampai sini sahaja post saya kali ini.Bubye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan